assalamualaikum
hari nie ewanrani nak share berita muka depan di berita harian...
lama dah x share berita nie...hehe
berita mengenai rakan blogger...
wah hebat gak ek penangan blogger2 nie..
sampai perdana menteri pun mengatakan pasal nie ek...
nak tau berita pasal ape jom baca nie
NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.
Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
“Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.
“Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.
“Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN,” katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.
“Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat,” katanya.
Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.
Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.
dari pada berita kat atas nie...
ewanrani dapat simpulkan...
penting gak blogger2 nie..yelah untuk sampaikan mesej dari kerajaan dan swasta..
yelah blogger nie mcm orang tengah menyampaikan berita-berita dan pelbagai maklumat penting
hah tgk tu betapa pentingnya kan...
perdana menteri sendiri yang cakap tu...betul x??
tu jelah berita yang hendak dikongsikan pada hari nie...
lama dah x kongsi berita dengan rakan2 blogger nie..
ok bye2 sume...
Tweet This
15 comments:
kalau PM sendiri dah bagi lampu hijau.. ape lagi.. bagi kritikan la. keh keh keh..
betul tuu.. penting gak pandangan2 kita nih..so, sesiapa yg nk luahkan pendapat.. buatla blog! hehe
blogger memang penting kalau digunakan untuk cara baik
Untuk Pertama Kalinya
jadi tak sia sia lah cik su berblog.. ade gak orang yang pandang positif hal berblog nie. alhamdulillah
@fuyooh :hahaha..PM dah bagi lampu hijau tu..terbaik punya...
@mestinal :haah pandangan kite penting dan mudah dibaca oleh semua rakyat malaysia...
@ila :yesss betulla ila...salam kenal buat ila...hehe
@cik su life cycle : memang x sia2 pun kite berblog nie..dapat tambah kawan + tambah duit...hehe..pape pun keep in touch..
ohh..xpa.. mira tag ja... kalo free2 join la..=)
nak jdi blogger snnang je..tapi nak bgi isu yang postif tu yang sush ,jangan suka buat cerita suda..tak gitu??hehheeee
bgsssss
assalamualaikum ..
saya jalan2 sini yer :)
memang penting rakan blogger tu :)
p/s : check my latest entry :) :
5 Sebab Kenape matapelajaran sejarah membosankan !
Gempar !! Pocong melompat di KB Mall !
bagi pandangan yang betul dan bernas, memang takde salahnya.
Blogger juga ada pengikut setia..
Burung Walit
Post a Comment