Tuesday, March 29, 2011

Teh Panas Teh Sejuk


assalamualaikum semua..

petang2 nie pekena teh o pun sedap gak nie...hehe...
kali nie nak kongsi ckit cerita lawak...
bagi hilang ckit tension untuk blogger2 sume...
jom layan...haha...


Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"

jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

hahahaha...boleh tahan kelakar cite kat atas nie ek...jimat punya pasal....




ape lagi jomla pekena teh o panas dengan goreng pisang petang2 nie...hehe...
sape tahu goreng pisang mana yang paling sedap n famous kat area shah alam n KL??
kalo tahu bagi tau ewanrani eh...
nak try gak goreng pisang tu
memang masyuk...

Read More

Tweet This

Monday, March 28, 2011

"Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011"


 asalamualalaikum semua...


ewanrani nak join bloglist budak botak...
best gak kat blog budak botak nie...
macam2 info dan gambo menarik ade kat blog budak botak nie...
nak tgk klik kat link gambo bawah nie...hehe

Bdk Botak buat mulut itik, ha3
jomla rakan2 blogger lain kite join bloglist budak botak nie..
mana tau leh up ckit traffik blog kite ker...hehehe...

ewanrani blogger LELAKI...

ok sume...
bye2....

Read More

Tweet This

Friday, March 25, 2011

SAYA KAYA DAN BERJAYA!!!!!


assalamualaikum semua...

hari nie ewanrani nak kongsi ckit pasal pengalaman minggu nie...
minggu nie ewanrani ade pergi seminar oleh Dr Azizan Osman di UiTM Shah Alam....
perghh semangat betul pergi seminar nie...
memang beruntung sangat2 ewanrani pergi seminar ini...
satu badan berkobar2 bila dengar ceramah dari Dr Azizan Osman nie...
"SAYA KAYA DAN BERJAYA"
dalam seminar tu setiap kali Dr bagi ceramah mesti die suruh kite ulang perkataan
"SAYA KAYA DAN BERJAYA"
lebih 30 kali rasanya perkataan diatas itu diulangkan...
memang berkobar2 semangat dengar ceramah Dr Azizan..
lain kali ingat nak pergi ceramah Dr Azizan nie lagila..
banyak info dan tips die bagi..
memang rugi kalao x pergi ceramah die nie... 
sume info dan tips yang die beri memang berguna dan bermanfaat..
untuk jadi kaya dan seterusnya berjaya...

kite boleh kenal apekah potensi diri kite
pastu boleh kenal kekuatan diri kite yang sebenarnya...
Dr Azizan nie dah taraf jutawan dah....
walupun Dr Azizan sibuk dengan bisnes dan ceramahnya ...
die sanggup datang UiTM semata2 nak naikkan semangat pelajar2 melayu kite...
bila dengar pelajar melayu..Dr sanggup jugak datang..
memang beruntung sangat2 die datang UiTM...
banyak ilmu dan semangat yag die telah kongsikan...
perghhh memang best...
"SAYA KAYA DAN BERJAYA"

dalam post nie ewanrani besarkan saya kaya dan berjaya...
kalo setiap hari kite cakap pada diri kite
"SAYA KAYA DAN BERJAYA"
itu doa kite untuk menjadi kaya dan berjaya di dunia dan akhirat...amin...
ingat setiap perkatan yang kite cakap adalah doa kite...
cakap benda2 yang elok dan memberi motivasi pada kite...

kat bawah nie ada ckit video dari Dr Azizan...
jom layan

video

dan sedikit info mengenai Dr Azizan ini..
nak info lebih lanjut klik nie...Dr Azizan Osman...

Dr. Azizan Osman
  • Umur: 34
  • Horoskop: Scorpio
  • Tahun Zodiak: Tiger
  • Industri: Consulting
  • Jawatan: CEO & Founder, Richworks Resources
  • Lokasi: Kuala Lumpur : Kuala Lumpur : Malaysia
    Dr. Azizan Osman Terkenal sebagai pakar perunding dan jurulatih potensi diri menggunakan kajian tarikh lahir. Kolumnis di Metro Ahad setiap minggu, Dr.Azizanpernah ditemu ramah beberapa kali  di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 serta rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan TV9.

     Dalam tempoh setahun ini sahaja, Dr.Azizan telah membantu lebih 22,000 orang peserta di seluruh Malaysia melalui program yang diasaskan olehnya seperti Workshop Rahsia Tarikh Lahir, Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Seminar Kenali Potensi Diri serta Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan. Buku pertama beliau “Tak Kenal Maka Tak Kaya” akan berada di pasaran pada awal 2010 tahun depan dan dijangka akan dijual melebihi 100,000 naskah dalam tempoh 3 bulan pertama 2010.
    Beliau bakal menjadi anak Malaysia pertama yang memegang rekod Malaysian Guiness Book of Record untuk penyertaan seminar yang terbesar di Malaysia lebih 100,000 pada tahun 2010. Beliau juga pernah menjawat jawatan tertinggi sebagai anak Melayu pertama di dunia yang menjadi Ketua Organisasi kepada syarikat UK The Cobra Group PLC yang beribu-pejabat di London dan mempunyai syarikat di lebih 25 buah negara seluruh dunia.
   Dr Azizan telah banyak memenangi anugerah Cobra peringkat antarabangsa termasuklah Platinum International Award. Beliau juga adalah pakar perunding dan jurulatih potensi diri ini yang dikenali sebagai “Dr.Tarikh Lahir” ini banyak berkongsi tentang mekanisma mengenali potensi diri, kekuatan serta kelemahan seseorang melalui kajian tarikh lahir serta berkongsi tentang  bagaimana mengaktifkan getaran tarikan kekayaan dan kejayaan di dalam kehidupan


okla sebelum habis....
"SAYA KAYA DAN BERJAYA"
kalo setiap hari cakap macam nie...
memang hidup kite penuh dengan semangat yang berkobar2....
okla kawan2 semua...
harap info nie boleh memberi sedikit semangat tuk kawan2 blogger......
assalamualaikum....
SAYA KAYA DAN BERJAYA!!!!!!!



Read More

Tweet This

Wednesday, March 23, 2011

Career Attack UiTM Shah Alam


assalamuaaikum semua....

wah dah lama dua hari gak ewanrani x buat post baru...
busy ckitla skrg nie...
dengan assignment yang banyak...
tambah tengah siapkan final year project...
dan yang terbaru interview kerja kat career attack UiTM....
carrier attack nie satu event tuk final year student dan yang graduate tuk dapatkan kerja...
start 22 march hingga 24 march...
ewanrani semalam pun dah join...yelah tengah semangat nak kerja sebagai electrical engineer...hehe
semalam ewanrani dah hadir interview untuk 5 buah syarikat besar2...
harap2 sangat semalam interview bolehla peluang tinggi tuk dapat kerja...
memang speaking abisla semalan...mcm mat saleh dah...
macam2 soalan die tanya....soalan yang paling wajib please introduce yourself...hehe
soalan tu ewanrani memang dah mantap dah...tggl soalan2 yang pelik2 je tuk jawab dengan baik....
kepada semua yang dah final year tu..ewanrani doakan korang sume dapat kerja eh...
dan berjaya menjadi ape yang korang idamkan yek...
ewanrani kalo bleh nak jadi taraf IR MOHD RIDHWAN...amin....heheh
okla.....panjang dah nie...
kat bawah nie ade gambo cntoh elok dan contoh x elok...
ewanrani mestila buat yang elok...yelah interview kerja nila masa depan kite..
pape pun doakan ewanrani dapat kerja yang best2 eh...Amin.....


contoh yang x patut dilakukan...haha

contoh yang elok...mcm nila semalam ewanrani buat...hehe

okla...pape pun thank sume
kite jumpe lg...
assalamualaikum....

Read More

Tweet This

Thursday, March 17, 2011

Cara Nak Letak Iklan Churp-Churp


assalamualaikum semua...


hari nie nak buat entries pasal menjana duit plak..
ade rakan blogger suh ajar mcmane nak buat tutorial tampal iklan churp2 nie..
kat bawah nie ewanrani bagi tutorialnya yek...
kawan2 yang ade blog tu jomla join churp2 nie...
byk gak ewanrani dapat dengan jana churp2 nie...
skrg pun dah ramai blogger guna churp2 nie...
setakat dh 1 bulan lbh ewanrani join churp2 nie dah dapat rm40 dh..
baru sebulan..kalo 2 bulan x tau la mcmanekan..hehe..
kalo nak join klik kat sini eh...churp2

ok skrg ewanrani nak kongsi tutorial tuk letak iklan churp2 nie ek..
nie amik dari entries budak botak...
best gak blog budak botak nie...hehe..


1) Korang mestilah dh ada akaun Churp2
daftar klik kat sini tau....churp2...


2) Bila dh login, tekan kat Dashboard utk tgk iklan2 yg ditawarkan.



3) Tekan anak panah tu utk detail iklan



4) Kalo korang baru 1st time, tekan "start sharing this".
Kalo dh share, tekan mcm kt bawah nie.



5) Korang akan diberi senarai tempat2 yg korang bleh share iklan korang.
Kongsi la kat Facebook ke, Twitter ke @ mana2 yg ramai orang baca.



6) Utk buat iklan mcm kat atas tue ini codingnya..
<a href="LINK IKLAN" target="_blank"><img src="URL UTK GAMBAR" width="120" height="120" /></a>

Saiz gambar tu ikut suka la ye, ikut kesesuaian. Pastu letak kat HTML/Javascript ye

"LINK IKLAN" tu amik kat churp2 punya link...contohnya...http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/churpchurp-invite/

"URL UTK GAMBAR" plak cari gambo campaign tu....klik kanan dan copy image location..contohnya...http://www.churpchurp.com/buzz/img/571/991.jpg

sebelum abis..jomla tlg2 klik2 iklan tuk ewanrani ek..
kalo dah klik inform kat shoutbox eh..
nanti ewanrani balas klik2 kat blog korang plak eh..thank...

http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/churpchurp-invite/ 
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/digi-superreload/
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/digi-iphone4/
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/digibonuslinkpromo/
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/svenson-savemyhaircontest
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/bisquisito/
http://www.churpchurp.com/ewanrani/share/mixfm/

Sekian saja, harap dapat membantu la ye. Terima kasih...
kalo ade pertanyaan sila comment eh..
ewanrani akan membantu selagi termampu...hehe


Read More

Tweet This

Wednesday, March 16, 2011

Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk:


assalamualaikum semua...

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk.

Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kajian itu mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan.



PENGGUNA dinasihatkan lebih kerap menggunakan mod pembesar suara pada telefon bimbit untuk mengelak kesan langsung elektromagnetik.- Gambar hiasan 


Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya.

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya.
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh.

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak.

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen.


berita hangat tuk pagi nie...
petikan dari berita harian..
khas tuk semua lelaki dimalaysia...
bahaya gak tuk aku nie...
ape2 pun kite kena amik langkah berjaga2....
sebelum terlambat...
lagi2 yang belum kawin...huhu...




p/s...Have your share of RM50,000. Tune into #MIXfm and play JD & Dilly's Short Cuts to RM50,000! More details

Read More

Tweet This

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


BANNER BEN ASHAARI  
Sila letak tajuk :

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Sila ceritakan latar belakang anda ..  
ewanrani skrg nie student kat UiTM shah alam.
rumah kat JOHOR..maknanya ewanrani blogger JOHOR la yek..
sekolah sume kat johor...
skrg jer duduk kat Shah alam..

Profesion anda sekarang ?
profession biasela student lagi
nanti bulan 5 ni kalo dapat keje dah jadi pekerja plak..hehe

Blog favourite anda .. kenapa ?
favourite blog tentula blog BEN ASHAARI

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
blog yang x suke nak masuk blog yang berat2 sangat..
kalo berat sgt lambatla nak loading..
mood pun hilang..
tapi kawan2 blogger sume aku dah usha dh..hehe

Impian anda terhadap blog anda ..
impian terhadap blog ka..
impian nak aktifla blog nie walupun tengah keje..
kalo dh kawin pun nak aktif gak blog..
yelah blog leh isi masa luang..
dari buat benda2 x berfaedah..betul x..

ok tu jelah...kalo kawan2 nak join segmen nie pegi klik kat banner atas tadi eh...
bye2 sume..
assalamualaikum...



p/s minat iphone...jom tgk promosi iphone yang murah2...iphone

Read More

Tweet This

Monday, March 14, 2011

Jangan jadi macam 3 Remaja Bermasalah ni...


assalamualaikum semua...

jom baca cite nie...semoga ada keinsafan tuk kite...
seronok gak cite kat bawah nie...best tu....

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia meon, sorang tu doga dan sorang lagi samat. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si "meon" pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh "meon" azan. Tanpa berlengah terus je "meon" azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada "meon"dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan "meon".

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, "Dogo" panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

"Dogo" pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si "Dogo" ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat "Dogo". Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si "samat" jadi imam. Si "samat" pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si "samat" niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si "samat" ni... Tapi dgn bongkaknye si "samat" berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

mengucap panjang Tok imam....... nasib baik takde sakit jantung... sekiam...:)

jangan main2 dalam solat ye.. solat tu tiang agama.. kalau rumah takde tiang canne la???? fikirkan...



p/s..jom tgk nie promosi dari digi..best2...digi

Read More

Tweet This

Sunday, March 13, 2011

MC/cuti sudah habis......


assalamualaikum w.b.t

MC ku tuk penyakit chiken pox dah habis...hehe..
dah x de cuti dah...
best oo cuti 2 minggu...
relax je duk umah...
makan free...nak ape2 je mintak kat mak...
nak makan mintak mak,nak ape sume mintak mak....
makkk...nak nasi...nanti mak hantar eh...hehe
terbaikla mak aku...thank makku yang tersayang...
cuti duk umah sempat aku perabih sume keje2 yang tertangguh...
thesis pun siap,technical pun dah hantar kat pensyarah...lega2...
ade hikmah aku kena penyakit nie...
walupun muke dan badan penuh dengan parut2 dah...
tapi sume tu ujian...ade hikmah semua tu...hehe
skrg dah kat shah alam....
kena teruskan usaha tuk perabihkan degree nie...
tggl bape bulan je lagi degree nie nak aku capai...
alhamdulilah....bulan 5 nie boleh keje dh...
tuk kawan2 blogger....
pasni ewanrani bolehla nak aktif blk...
sentiasa melawat blog ewanrani nie yek...
ade info2 yang menarik kat sini tau...hehe..

info skrg yang tengah hot berlaku iaitu...hikayat merong mahawangsa.....
aku pun x tgk lagi cite nie..ingat nak tgk rabu nie dengan kawan2 sume...gempak cite nie...dah box office dengarnya....
pastu info tuk minggu nie kawan2 jangan lupe....hot air ballon putrajaya....
wah ini event yang terbaik sepanjang zaman...bukan senang nak tgk hot air ballon byk2 kat malaysia nie...
jomla kite pergi ramai2...kalo nak info dan gambo tgk kat link atas td eh...hehe
last sekali kempen tuk selamatkan bumi...kempen earth hour...
kempen ni tuk semua rakyat malaysia...marila kite jaga bumi kite nie bersama2 yek...

okla kawan2...cukup sampai kat sini jer,,,
kalo ade info2 yang best2 lagi ewanrani akan bagitau lagi...
ape2 pun nak info menarik tgk ewanrani tau...haha...
ok bye2 sume...assalamualaikum....

Read More

Tweet This

Tuesday, March 1, 2011

chicken pox...


assalamualaikum semua....

ewanrani akan bercuti selama 2 minggu disebabkan chicken pox ini...
2 minggu tu kena amik MC disebabkan penyakit nie...
aku pun x pernah gak kena penyakit nie...
nie baru je first time kena....
pasni susah ckitla nak update blog...
nanti lepas aku dah sihat aku akan update blog nie...
nasib baik kena time nie...test dengan quiz x banyak lg time nie...
Final Year Project pun dah hampir2 nak siap...
harap2 lepas nie aku x kena lagi...amin....
malam nie kena balik kota masai,johor..
kat umah aku tu x de tenet...
kena chicken pox nie kena duk berkurung dalam bilik jelah hari2 dan berminggu2...
tu la nasihat doktor...
kepada budak2 rumah sewa aku kat shah alam tu...
doktor ckp lg sepuluh org tu bakal kena...
berhati2 la yek....sebab tu la aku kena blk awal ckit...bahaya nanti berjangkit...
nie pun aku kena sebab berjangkit dengan budak rumah sewa nie...
termasuk aku dah 4 orang kena chiken pox nie kat rumah sewa nie....

ape2 pun aku nak bagi info pasal penyakit nie...

Tanda dan Gejala 


Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

ok harap info nie berguna tuk semua....
assalamualaikum semua...
bye2...

Read More

Tweet This
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...