Saturday, December 3, 2011

Gambar Jambatan Runtuh Di Kalimantan Timur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebuah jambatan yang sibuk merentasi Sungai Mahakam di Kalimantan Timur runtuh menyebabkan empat orang maut dan 19 lagi cedera. Sebuah bas awam, beberapa buah kereta dan motosikal jatuh ke dalam sungai tersebut yang terletak di daerah Kutai Kartanegara selepas struktur sepanjang 720 meter - menggunakan bahan binaan terpakai dari Jambatan Emas San Francisco runtuh.

Saluran Berita TV, Metro TV melaporkan Ahad bahawa sejumlah 39 orang berjaya diselamatkan namun masih terdapat percanggahan tentang bilangan sebenar mangsa yang hilang. Ini kerana ada pihak keluarga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 24 orang masih hilang dalam kejadian itu, kata laporan itu.








P/s: Semoga mangsa yang hilang ditemui selamat...

Read More

Tweet This
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...