Saturday, December 3, 2011

Gambar Jambatan Runtuh Di Kalimantan Timur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebuah jambatan yang sibuk merentasi Sungai Mahakam di Kalimantan Timur runtuh menyebabkan empat orang maut dan 19 lagi cedera. Sebuah bas awam, beberapa buah kereta dan motosikal jatuh ke dalam sungai tersebut yang terletak di daerah Kutai Kartanegara selepas struktur sepanjang 720 meter - menggunakan bahan binaan terpakai dari Jambatan Emas San Francisco runtuh.

Saluran Berita TV, Metro TV melaporkan Ahad bahawa sejumlah 39 orang berjaya diselamatkan namun masih terdapat percanggahan tentang bilangan sebenar mangsa yang hilang. Ini kerana ada pihak keluarga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 24 orang masih hilang dalam kejadian itu, kata laporan itu.








P/s: Semoga mangsa yang hilang ditemui selamat...

Read More

Tweet This

Sunday, November 27, 2011

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 5


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Mari kite Saksikan ulangan Maharaja Lawak Mega Minggu ke-5. Minggu ke 5 ini dengan tema zaman purba yang pastinya akan membuatkan anda ketawa terbahak-bahak. Bila kite tgk benda2 kelakar nie boleh hilangkan tension.Nantikan siapa yang bakal tersingkir pada episode berikutnya.. Jom kite layan persembahan terhebat dari peserta-peserta Maharaja Lawak Mega minggu ini. 
Jom kite layan..



Read More

Tweet This

Saturday, November 26, 2011

KAPAL SELAM SELAMAT SAMPAI KE MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.










Gambar menunjukan kapal selam Ouessant (kelas Agosta) sedang diangkut ke daratan Dataran 1 Malaysia, Klebang Besar, Melaka. Kapal selam ini telah dibawa belayar dari Brest, Peranchis ke perairan Melaka dengan pengangkutan Felda Transpot Services Sdn. Bhd. 

Sebagai permulaan, satu pameran kapal selam berkenaan akan dibuka kepada orang ramai selama 10 hari bermula 22 November ini.
“Selepas itu, pameran ini akan dihentikan dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjalankan kerja mengecat keseluruhan kapal selam itu.

Ianya bakal membawa tarikan yang besar kepada negeri Melaka setanding dengan muzium-muzium terkenal di negeri Melaka seperti Muzium Sejarah, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan juga Muzium Samudera (Kapal Flor De La Mar) 

Read More

Tweet This

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MUDA!!!



Tahniah Harimau Muda..perlawanan yang cukup menarik yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Muda 
Satu semangat yang mmg sangat mengagumkan
Hasil kemenangan sepakan penalti 4-3 menentang indonesia ini memberi kilauan emas untuk Malaysia.
Terima kasih pemain harimau muda kerana menang dan bermain mati-matian.
jom layan jaringan gol oleh Malaysia dan Indonesia ini..


VIDEO JARINGAN GOL MALAYSIA VS INDONESIA FINAL SUKAN SEA




Jangan lupa 23/11/2011 ini nanti. 
perlawanan kelayakkan Olimpik London 2012 nanti di Bukit Jalil.. 
semoga kemenangan masih di pihak Malaysia...
MALAYSIA BOLEH..


Read More

Tweet This

Thursday, November 17, 2011

JADUAL DAN VIDEO BOLA SEPAK SUKAN SEA INDONESIA 2011


Assalamualikum..

Selesai sudah tgk perlawanan diantara pasukan Malaysia menentang Indonesia malam ini..
Jom kite layan dulu video perlawanan Malaysia VS Indonesia ini..
Mantap pasukan Malaysia kali nie..harapan semoga Malaysia mendapat pingat emas pada sukan Sea...


Berikut adalah jadual penuh perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Indonesia 2011 yang akan berlangsung pada 19 November 2011 nanti. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan secara langsung yang cukup mantap dan hebat ini..

-
MALAYSIA VS MYAMMAR
(Jam 17:00 Waktu Malaysia)
VIETNAM VS INDONESIA
(Jam 20:30 Waktu Malaysia)

Read More

Tweet This

Sunday, November 13, 2011

Hutang Negara-Negara Kaya


Assalamualikum..
 
Entry menarik mengenai ape yang berlaku terhadap dunia sekarang.
mengenai hutang negara-negara yang kaya raya nie..
x sangka negara-negara yang hebat nie pun mempunyai hutang yang mencecah trilion dolar.
jom kite layan.
.




PERDANA MENTERI Itali, Silvio Berlusconi merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia berjaya menepis beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.
Malah, jutawan media berusia 75 tahun itu boleh berbangga kerana mampu memerintah Itali selama 17 tahun.
Namun, pemilik kelab bola sepak AC Milan itu akhirnya terpaksa akur dengan tekanan ekonomi yang memaksanya berundur.
Sebenarnya, Itali merupakan antara gergasi ekonomi dunia. Siapa yang tidak mengenali jenama kereta mewah Ferrari, Maserati, Lamborghini dan Pagani.
Ia juga merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Aprilia, Ducati dan Piaggio. Deruman enjin kenderaan mewah itu sahaja sudah membuatkan ramai orang terpukau, belum lagi memilikinya.
Tetapi kini Itali sedang sakit. Hutang hutang luar negara itu mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trillion).
Ini membuatkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut reformasi ekonomi bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.
Berlusconi sendiri mengesahkan dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.
Greece


KEHILANGAN pekerjaan telah menimbulkan kemarahan rakyat Greece.



Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus ke Malaysia, Nafsika Krousti, situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.
“Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negatif,” katanya mengenai negara jirannya itu.
Keadaan itu memaksa Perdana Menteri Greece, George Papandreou meletak jawatan berikutan kemelut ekonomi negaranya yang tiada kesudahan.
Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.
Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.





Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Malangnya, kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Pakar ekonomi, Profesor Eswar Prasad dari Universiti Cornell, AS berkata negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.
Menurut beliau, negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.
Jepun
Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ia turut menjadi ancaman kepada ekonomi global, ujar Prasad.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.
Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, berkata kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan Greece, kata beliau, tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.
“Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.


WALAUPUN tinggal di negara kaya, penduduk Eropah kini lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.



“Tidak hairanlah jika negara yang muflis dan dibelenggu hutang ini menjadi huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.
Beliau bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
“Tetapi kita perlu bersedia kerana ia juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.
“Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya,” katanya.

sumber dari kosmo..

Read More

Tweet This

Monday, October 31, 2011

Adakah Semua Ini Milik Kita ??




Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3400-adakah-segalanya-milikku.html

Read More

Tweet This

Sunday, October 23, 2011

Kereta Ferrari Putus Dua


salam kawan2 semua..

kali nie nak share pasal kemalangan melibatkan kereta ferari nie...
perghhh ferrari kot..mahal2 kalo excident putus dua gak ek..
nie sebab bawak laju sangat nie...sb tu terbabas sampai putus dua nie..
jom kite layan gambo excident nie.. 
 
nie bahagian depan die...terputus jauh..

 
nie belakang die plak..




Penumpang kereta Ferrari terbunuh manakala pemandunya cedera teruk apabila kereta yang mereka dinaiki putus dua setelah melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke tebing curam,

Ferrari 350 M keluaran 1999 yang kini bernilai sekitar AS$100,000 (RM311,375)

Read More

Tweet This

Monday, October 17, 2011

Kolam Air Panas Gadek Alor Gajah Melaka...


assalamualikum....

kali nie layan kolam air panas gadek kat alor gajah..
ewanrani pergi berempat dengan membe2 tempat keje..
pergi kat kolam air panas nie pagi2 bute kot dalam kul 1 pagi..
pukul 1 pagi ni la syok pergi sebab leh rasa suasana kehangatan di kolam air panas nie..
makin malam,makin ramai org datang kolam air panas nie..
ramai gak org datang kolam air panas nie...
x kira umur sume ade kat sini..
kat sini untuk masuk ke kolam air panas nie hanya rm 4 saje..
murah jekan..kemudahan semua lengkap..sambil mandi air panas leh siap layan tgk TV lg..
syokk tu...suasana yang damai..relex je otak..






kolam air panas nie kalo dari bandaraya melaka kira-kira 30 minit jugakla..
dekat je...janji puas hati..

Read More

Tweet This

Tuesday, September 27, 2011

Iklan Buat Rakyat Malaysia Teruja....


salam..


Teruja ewanrani tgk iklan nie.
Iklan Telekom Malaysia sebagai penaja kelab ternama Inggeris, Manchester United.
Mungkin iklan nie dari aura Safee Sali, iaitu penyerang sensasi kebangsaan yang menjalani latihan 2 minggu di Cardiff City.
Kita dapat tahu bahawa pihak Cardiff City berminat untuk menggunakan khidmat Safee dalam skuad mereka tetapi berdepan dengan satu masalah paling besar iaitu permit kerja di sana.
sebabnya ialah
Kedudukan pasukan Malaysia dalam Ranking Fifa terlalu jauh dan sukar untuk ke liga England.

Dalam iklan tersebut menunjukkan seorang remaja yang bernama Ramli telah menyertai pasukan gergasi tersebut kerana mahu buktikan kepada ayah beliau bahawa beliau mampu berjaya dengn lebih tinggi lagi.Apa yang kita lihat dalam iklan tersebut, kelihatan ayah si Ramli menitis air mata melihat anaknya menjaringkan gol pertama bersama skuad Man Utd itu dan mengenang kembali apa yang Ramli katakan dahulu.Iklan ini memang terharu jika anak Malaysia dapat mengukir nama di Liga Perdana England
harapan semoga iklan nie menjadi realiti...

Read More

Tweet This

Monday, September 26, 2011

Restoran Ikan Bakar Umbai Melaka...


assalamualikum..

lama gak ewanrani dh x update entries2 yang terkini ek..
busy dengan keje kot..
banyak sgt task yang diberikan.
busy2 pun sempat lagila melepak2 dengan membe pusing2 melaka nie..
masyuk kot melaka nie..mcm2 tempat menarik ade kat sini..
rugi kalo x pusing habis melaka nie..
setakat nie dh habis gakla pusing bandar melaka nie..
alor gajah,bandar melaka,batu berendam,klebang sume dh redah dh..
baru duk bape bulan dh habis pusing satu melaka...
yelah kalo x pusing rugi plak ek..
redah pusing jelah mana2 tempat yang best2..
kali nie tempat yang boleh dikatakan famous gak tuu...
Restoran ikan bakar Umbai..perghhhh terbaikk kot..
kalo datang melaka rugi kot x datang sini..
tempat nie memang selalu disebut2..
last2 ewanrani pergi gak tempat nie..dengan kawan2 berlima..
layan ikan bakar memang puas...habis penuh satu meja oder makanan laut nie..
jom kite usha gambo2 yang sempat diambil nie...layannn..

 lauk penuh meja..nyum2..
 siakap 3 rasa,siakap bakar,udang butter dan lain2...

 makan 5 org je..makanan dh macam makan 10 org dh...haha

 membe2 yang join makan..sume muke dh kebulur...

 huh kenyang perut hati pun senang...haha..

amacam teringin x nak pegi sini x??..
makan sampai puas kot..siakap smpai 2 ekor tibai..memang berbaloi2..
kat sini makanan die memang puas hati...sedap sgt2 tuuu..
harga pun x de la mahal sgt..boleh diterima lagila.
lain kali nak pegi lagila..pegi banyak kali pn x rugi..hehe
tempat yang syok tepi pantai angin sepoi2 bahasa..pastu layan makan..memang terbaikk..
okla ade info pasal melaka update lagi kat blog nie ek..
bye2...

Read More

Tweet This

Sunday, September 25, 2011

Keindahan Sungai 5 Warna di Columbia


salam...

Tertarikla melihat ciptaan Tuhan yang tersangat2 cantik nie.. 
jom kite layan gambo yang sgt2 indah ini..



Fakta ringkas: 

-Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.

-Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna. 

-Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.

-Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ. 

Lagi gambar-gambar menarik:
 
 
 
 
 
 
 
 

Read More

Tweet This

Saturday, September 10, 2011

GAMBAR TERBARU PERODUA MYVI 1.5 EXTREME....TERBAIKK...


salam kawan2 semua..

 MyVi 1.5 EXTREME TERBARU


kali nie layan kete plak..
mcm best la plak tgk perodua myvi 1.5 extreme nie...
terhangat di pasaran kot kereta myvi nie...
kereta no1 jualan paling laris di malaysia beb....
kalo nak tau myvi 1.5 extreme nie dijangka akan berada di pasaran bulan nie..
harga myvi nie sekitar rm50,000...boleh tahan gak ek..
rekaan depan myvi kali nie lebih sporty dengan gabungan colour hitam n kuning yang mengancam..
perghhh terbaikk gak...
ape2 hal jom kite usha dulu gambo2 nie...







amacam mengancam x kete myvi terbaru nie.....mantap kot..
kalo pakai kete nie lagi mantap.....gaya sporty dan exlusive yang sangat menarik...
kalo sudah berada dipasaran boleh try2 untuk test drive ker...engine 1.5 tu..
okla..semoga info ini berguna..bye2..

Read More

Tweet This

Saturday, August 27, 2011

Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi


assalamualikum..


BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.


BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi

p/s : wah pasni bleh la nak berbulan madu dalam belon nie ek...tp mahal sgt2 kot..x mampu nak naik...haha

Read More

Tweet This

Sunday, August 21, 2011

Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia


assalamualikum..

nak tgk x gambar kapal persiaran terbesar di dunia..
perghhh bleh tahan gak tgk gambo kapal nie..
besar sgt2 kot..
mcm2 kemudahan ade kat kapal nie..
nak tahu ape ade kat atas kapal nie..
jom kite layan gambo kat bawah nie..
nice picture maaa..

Kapal Persiaran terbesar di dunia ini dinamakan ‘Oasis Of The Seas’ dengan berat 225.282 tan.




 
Panjangnya hampir 360 meter dengan berat 220 ribu tan, Oasis of the Seas ketika ini merupakan pengangkutan berpenumpang terbesar di dunia. Mampu menampung 6300 penumpang dan 2000 kru kapal pada 16 dek-nya. Raksasa mengapung ini dibuat oleh Royal Caribbean International tahun 2006 dan selesai pada bulan Oktober 2009 di limbungan kapal Finnish.
 
 
 
Ketika ini Oasis of the Seas sudah bergerak meninggalkan tempat lahirnya dan bergerak menuju Florida, Amerika Syarikat, dimana di situ kapal raksasa ini akan mengangkut ribuan tanaman eksotis menjelang debut komersialnya. Tanaman-tanaman ini akan menghiasi salah satu area taman, Central Park, di atas kapal. Di taman ini akan terdapat pepohonon, rerumputan, dan kebun bunga.




Yang menarik lagi di atas kapal ini juga terdapat gelanggang ais (ice-skating), semacam water-boom, area pasar malam, dan mall. Hingga tahun depan,ketika saudaranya The Allure of the Seas diperkenalkan, kapal The Oasis of the Seas ini merupakan satu-satunya di kelasnya.



amacam besar sgt2 kapal nie..
perghhh kalo ade duit lebih2 nak terasa gak la naik kapal nie..
romantik kot...
hahaha..

Read More

Tweet This
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...