Monday, February 28, 2011

Cabul sebelum rotan



BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka.
BEGINI...mangsa menunjukkan cara guru terbabit memeriksa mereka. 

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

p/s: petikan dari harian metro...
macam2 la dunia sekarang nie..
cikgu yang nak jadi pendidik akhlak pn leh cabul pelajar sendiri..
kalo bukan cikgu yang mendidik akhlak kite sapela lagi kan..
mcm2 la dunia2..huh
Tweet This

12 comments:

Ila said...

tp betul ke cikgu tu buat macam tu?mmg cari nayalah..kat ramai budaklah sekali tu...mcm ade tak kena je

Hackers said...

wah..dah gaya macam nazterjah dulu ea blog ni..terbaikk!!

Shafiq said...

bahaya tu.. Boleh menjatuhkan imej cikgu-cikgu..

ewanrani said...

ILA :tu la pasal...teruk betul cikgu tu..sekali ramai plak tu...huhu..nafsu2..

ewanrani said...

hackers : haha..xdh gaya mcm nazterjah dulu ka..tp nazterjah hebat lg..banyak entries yang best ma...

ewanrani said...

shafiq: tau x pe..bahaya betul..abis la imaj cikgu satu malaysia...

nursyamime said...

layakkah digelat pendidik kalau buat perbuatan keji macam tu??
haiiii....

zida said...

bapak geli punya cikgu. sangap gila kot. ishh tak patut. budak 12 tahun tuu. ==

topimagine said...

rasenye cikgu tu ade masalah mental kut.. dia ingat bdk2 sekarang bdh2 agaknye... dia silap la.. :)

shah-kayrul said...

macam nie punyer cikgu pun ader ker...

atikNAOshi said...

macam2 hal...huh

Miecyber said...

Harapkan pagar ,pagar makan padi...

Satu Komuniti Satu JPJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...