petikan berita harian...
jom kawan2 kite pegi hari belia nie..
kite kan belia muda harapan bangsa...
banyak aktiviti menarik nie...mcm2 aktiviti sihat dan bermanfaat nie...
waaaa mcm best je tgk...
aku nak try pegi jugakla..
leh cukupkan sejuta org.....
PUTRAJAYA: Kira-kira sejuta pengunjung dijangka menghadiri sambutan Hari Belia 2011 yang bertemakan "Seribu Keriangan dan Sejuta Peluang" dari 27 hingga 29 Mei depan di Putrajaya berbanding 250,000 orang tahun lalu.
Bagi mencapai sasaran itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata 200 acara menarik disediakan membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan, 93 acara kerohanian dan keilmuan manakala bakinya membabitkan persembahan serta pertunjukan.
"Kita mahu melihat aktiviti belia... bukannya kita panggil belia untuk mendengar ucapan dengan sedikit aktiviti. Kali ini kita beri peluang bagi belia untuk mempersembahkan aktiviti masing-masing dan kita saksikan apa yang mereka persembahkan," katanya.
Ahmad Shabery turut meminta belia dan orang ramai menggunakan sambutan selama tiga hari itu untuk menerokai peluang pekerjaan, perniagaan, keusahawanan, kewangan, perbankan dan bimbingan daripada teknorat serta pihak korporat.
Sebanyak 17 negara iaitu Asean+3 dan Negara-negara Komanwel di Asia turut serta dalam sambutan itu dengan mempamerkan produk-produk mereka.
Sebagai simbolik bermulanya sambutan itu, Ahmad Shabery melepaskan Konvoi Jelajah Negara bagi mempromosikan sambutan terbabit dan memasang kain rentang gergasi di bangunan kementeriannya.
Dianggarkan terdapat 11.9 juta belia atau 41.5 peratus belia daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. - BERNAMA Tweet This
4 comments:
Selamat hari belia buat semua..
selamat hari belia untuk semua...belia pemaju negara...hehehe
sangat berminat..
harap2 berpeluang,
hehehe..
jomla kite join ramai-ramai..
bagi cukup sejuta..
aktiviti pun sangat menarik tu...
Post a Comment