Sunday, February 27, 2011

Program Earth Hour Malaysia 2011. Jom Sokong!!


salam semua...

earth hour Program Earth Hour Malaysia 2010. Jom Sokong!! 

hari ni nak kongsi sikit mengenai kempen Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2011 akan datang lagi. Bersediakah kita “korbankan” satu jam anda di waktu malam hidup tanpa menggunakan tenaga elektrik? Satu jam sahaja. Tidak lama kan? Bukan sahaja negara kita yang akan bergelap  selama satu jam malahan sebahagian negara-negara seluruh dunia turut akan menyertai program Earth Hour di Malaysia bagi tahun 2011 kali ini. Taririkhnya ialah bersamaan 26 Mac 2011 ini.  
Tunjukkan satu sokongan padu dan menyumbang sesuatu kepada Bumi tercinta kita ini melalui earth hour malaysia 2011. Setahun hanya sekali sahaja. Program Earth Hour Malaysia 2011 adalah merupakan penglibatan kedua Malaysia selepas tahun 2009. Kalau hendak diikutkan sumbangan yang dibuat, apala sangat. Sesuatu permulaan yang baik sebenarnya daripada tidak bertindak langsung kan????? Tumbuhan-tumbuhan semestinya akan tersenyum melihat keperihatan kita untuk menjaga Bumi lebih-lebih lagi bertindak pada perubahan iklim yang mendadak ketika ini.

earth hour3 Program Earth Hour Malaysia 2010. Jom Sokong!!

Tujuan program earth hour malaysia 2010 ini adalah untuk mengajak dan menghimpunkan  seberapa ramai penduduk seluruh dunia untuk menjayakan program yang boleh dikatakan menyelamat usia tua Bumi kita ini. Kalau diikutkan keadaan Bumi sekarang ini sudah semakin tercemar dengan terjejas teruk dengan pemanasan global, bencana alam dan kecairan ketulan ais di kutub dan macam-macam lagi.
Earth Hour Malaysia 2011 adalah satu acara simbolik yang dirancang untuk melibatkan penduduk dunia dari segala lapisan masyarakat tentang perubahan iklim untuk menghantar mesej yang kuat kepada para pemimpin politik bahawa kita ingin mereka untuk mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh dalam menangani perubahan iklim dunia.
Ini adalah peristiwa terbesar dalam sejarah iklim di mana jutaan orang di seluruh dunia akan bersatu dengan mematikan lampu mereka selama satu jam, Earth Hour, untuk menuntut tindakan tentang krisis iklim.
untuk maklumat lanjut kawan2 boleh lawati laman web nie...earth hour
ingat 26th March ini tau...jangan buat2 lupe plak...
tutup lampu sekejap je tuk selamatkan dunia kite ni daripada tercemar dengan teruknya...
sayangila alam sekitar kite dengan berkorban hanya 1 jam sahaja...
bukan selalu pun kite buatkan...hehe
ok kawan2...bye2
Tweet This

15 comments:

Shafiq said...

sokong earth hour.:-)

nur said...

jom sokong!!
Jemput ke:ALL IN ONE

ewanrani said...

shafiq: kite sokong ramai2 demi menjaga alam sekitar..yahooo...

ewanrani said...

nur : sokong gak tau jgn x sokong...26 mac nie..ingat tarikh tu..

Miz Novexx said...

sume kena light off yer time Earth Hour nanti!! jgn lupa...haha

mrs.sabri said...

saya sangat sokong!!!!!

ewanrani said...

miz novexx : sume lampu kena tutup..tapi kipas x tutup pn x pe..nanti panas malam2 plak..hehe

ewanrani said...

mrs sabri : ewanrani pun tersangat2 la sokong demi menjaga alam sekitar..

Arpiiz said...

haha, ingatkan 26 semalam..^^

Er'end said...

Sahabat dari Indonesia,turut sokong!
Salam kenal,salam erat penuh persahabatan untuk semuanya

FariehanIbrahim [LBC] said...

moga earthour thun nie lbih menjadi dri tahun lpas! ^^

Hackers said...

jom sokong!!!

cikbintang said...

i like dis one!!!

ewanrani said...

arpiiz : hehe..bukan 26 semalam...26 mac...bulan depan...ingat tu bulan depan..

Wan said...

jom kita kempen scara besar-besaran...;) demi menyelamatkn bumi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...