Friday, February 24, 2012

Trailers Adnan Sempit 2 . Shaheizy Sam memang lawak gila2


Assalamuailkum dan Salam Sejahtera...


semalam nie ewanrani  menonton filem Adnan Sempit 2. sebelum masuk panggung, harapan adnan sempit 2 nie lawak giler2 mcm adnan sempit 1, boleh gelak-gelak . Bila dah tengok, memang tidak menghampakan, asyik tergelak je. Pulak-pulak babak yang ada Shaheizy Sam. Apa yang keluar daripada mulut dia dan memek muka dia memang lawak gila di tambah dengan Angah Raja Lawak (Ismat) yang muka x boleh bla bila tgk...haha

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merubah penampilan dirinya.

Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris?


Ape lagi memang berbaloi2 tengok cite nie..dari start wayang sampai habis gerenti korang akan gelak habis2 punye...memang terbaikla..boleh bagi 9.5/10 tuk filem nie..

Tweet This

2 comments:

Kiera Zainal said...

terbaiklah. Nak tengok gak nanti. Suke Sam ok!

ewanrani said...

@Kiera Zainal : memang terbaik kot cite nie...tgk jangan x tgk...conform kelakar habis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...