salam..
Teruja ewanrani tgk iklan nie.
Iklan Telekom Malaysia sebagai penaja kelab ternama Inggeris, Manchester United.
Mungkin iklan nie dari aura Safee Sali, iaitu penyerang sensasi kebangsaan yang menjalani latihan 2 minggu di Cardiff City.
Kita dapat tahu bahawa pihak Cardiff City berminat untuk menggunakan khidmat Safee dalam skuad mereka tetapi berdepan dengan satu masalah paling besar iaitu permit kerja di sana.
sebabnya ialah
Kedudukan pasukan Malaysia dalam Ranking Fifa terlalu jauh dan sukar untuk ke liga England.
Dalam iklan tersebut menunjukkan seorang remaja yang bernama Ramli telah menyertai pasukan gergasi tersebut kerana mahu buktikan kepada ayah beliau bahawa beliau mampu berjaya dengn lebih tinggi lagi.Apa yang kita lihat dalam iklan tersebut, kelihatan ayah si Ramli menitis air mata melihat anaknya menjaringkan gol pertama bersama skuad Man Utd itu dan mengenang kembali apa yang Ramli katakan dahulu.Iklan ini memang terharu jika anak Malaysia dapat mengukir nama di Liga Perdana England
harapan semoga iklan nie menjadi realiti...

Tweet This