Wednesday, February 22, 2012

Proton Baru ( ESPIRE) P3-21A Bakal Dilancarkan Mac 2012


Assalamualikum dan Salam Sejahtera


Proton Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
Berdasarkan sumber berkenaan, nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor. Menurut sumber berkenaan lagi , model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.






CIRI-CIRI MENARIK PROTON P3-21A
  1. Menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap;
  2. Dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara;
  3. Sistem kawalan brek ABS, EBD;
  4. Sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC);
  5. Cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik;
  6. Bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah.
Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah..
Tweet This

2 comments:

Bachik said...

NEVER TRUST PROTON BECAUSE AT LAST THEY WILL CHEAT YOU ABOUT THE QUALITY..

ewanrani said...

@bachik : dh biase pakai proton nampak..papehal sokong buatan Malaysia..Proud to be Malaysian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...